Asmaul Husna yang ke-26 ialah Al-Mudzillu yang bermakna Tuhan Yang Menghinakan. Kehinaan yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada manusia ialah kejahilan dan kekufuran.
Dua perkara inilah yang dipandang terlalu hina.
Apabila manusia tidak berusaha membuang kejahilan yang menyelimut dirinya, bererti mereka membiarkan diri untuk jatuh kepada kekufuran dan seterusnya kehinaan.
Pengajaran daripada sifat Allah SWT Al-Mudzillu, apabila kita dianjurkan berusaha mengangkat martabat diri jangan sampai dipandang hina di sisi Allah SWT. Manusia mencapai kemuliaan hanya dengan Islam.
Jika manusia mencari kemuliaan selain daripada saluran Islam maka yang ditemuinya hanyalah kehinaan. Oleh kerana Allah SWT menjanjikan kemuliaan kepada sesuatu umat hanya dengan ketakwaan, maka menjadi suatu kewajipan mengadakan usaha untuk mengangkat insan ke arah takwa, agar umat tidak jatuh ke lembah kehinaan.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply