Keutamaan membaca Al-Quran adalah bacaan dalam solat. Menurut mazhab Syafi’i dan selain daripadanya, berdiri dalam tempoh yang panjang dalam solat lebih utama daripada memanjangkan sujud dan selain daripadanya.
Waktu yang paling utama membaca Al-Quran di luar solat adalah membaca Al-Quran pada waktu malam. Separuh malam terakhir lebih utama daripada separuh malam yang pertama. Bacaan Al-Quran antara maghrib dan isyak digalakkan.
Manakala pada waktu siang, waktu yang paling utama bagi membaca Al-Quran adalah selepas solat subuh dan tidak makruh membaca Al-Quran pada apa sahaja waktu yang terbaik seperti waktu selepas subuh.
Berkenaan dengan laporan yang dinyatakan oleh Ibnu Abu Daud daripada Muadz bin Rifa’ah, daripada guru-guru beliau, bahawa mereka membenci bacaan dilakukan selepas waktu asar dan mereka mengatakan ia adalah waktu pengajian orang-orang Yahudi. Walau bagaimanapun, pandangan ini tidak diterima dan tidak ada sumber.
Al-Quran juga elok dibaca pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, dan hari Arafah. Selain itu bacaan pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah, serta hari-hari dalam bulan Ramadan.
Sumber: Adab Berdamping dengan Al-Quran oleh Imam An-Nawawi
Leave a Reply