Menikmati Masakan Padang di Sederhana

Namanya sahaja restoran Sederhana, tetapi pilihan lauk-lauk masakan Padangnya jauh daripada sederhana. Mana mungkin menikmati masakan Padang dengan satu atau dua lauk sahaja, kurang-kurangnya lima atau enam jenis. Namun, menikmati nasi padang di Malaysia tidak sama seperti pengalaman menikmatinya di Indonesia. Di sana, duduk sahaja, semua lauk-lauk sampai ke meja tanpa perlu dipilih-pilih dan beraneka. Di sini, pelanggan masih perlu memilih lauk mana yang berkenan di hati sebelum lauknya di hantar ke meja masing-masing. 

Dendeng kering yang rangup memberi tekstur yang menarik dan masakan petai menambah umph!

Lauk-lauk di restoran Sederhana ini semuanya dimasak dengan rasa yang ‘ringan’, tiada salah satu rasa yang menonjol seperti masakan Melayu biasa yang ada masanya terlalu pedas, manis atau masin. Tiada masakan yang masin, masam, pedasnya menyerlah di Sederhana. Ini membuatkan pengalaman makan masakan Padang di sini nyaman sekali walaupun lauknya berjenis-jenis. 

Restoran Sederhana cawangan Seksyen 8 Petaling Jaya sering penuh dengan pelanggan setia

Restoran Sederhana ini merupakan rangkaian ‘makanan segera’ yang menyediakan masakan Padang bermula pada tahun 1972 di lebih 100 lokasi di seluruh Indonesia, dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, Singapura dan di Timur Tengah. Di Malaysia, terdapat 3 cawangan Restoran Sederhana iaitu di Seksyen 8, Petaling Jaya, di Jalan Tunku Abdul Rahman (Chow Kit) dan di Kampung Baru. Mengapa segera? Kerana lauk pauknya sudah tersedia, hanya perlu dipilih untuk dihidang sahaja.

Gulai tunjang ini memang wajib jika berkunjung ke restoran masakan Padang.

Gulai tunjang, ayam pop, rendang, dendeng kering, dendeng basah, merupakan antara pilihan lauk yang popular di Sederhana. Sambal-sambal yang lazat seperti sambal cili hijau dan sambal cili merah, tempe, petai dan sebagainya perlu juga dipilih untuk melengkapi pengalaman menikmati masakan Padang. Sederhana juga menawarkan pilihan ikan bakar dan goreng serta pelbagai jenis keropok.

Restoran Sederhana mempunyai harga yang berpatutan dengan kualitinya.

Restoran Sederhana memang otai di Malaysia dan pengunjungnya juga ramai pelanggan setia, masakan Padang di sini tidak akan mengecewakan. InsyaAllah. 

Restoran Sederhana (Masakan Padang)

21-G, Daju 5 Darul Ihsan, Jalan Barat, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Isnin – Ahad ( 10 pagi – 9 malam)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: