10 Golongan Yang Tidak Akan Masuk Syurga

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sepuluh golongan dari umatku tidak akan masuk syurga. Mereka ialah:

  1. Al-Qalla’
  2. Al-Jayyuf
  3. Al-Qattat
  4. Ad-Daibub
  5. Ad-Dayyuts
  6. Shahibul ‘Arthabah
  7. Shahibul Kubah
  8. Al-’Utull
  9. Al-Zanim
  10. Al-’aq liwalidaih”

Kemudian Rasulullah SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, siapakan dia al-Qalla’? Baginda SAWmenjawab: ‘Orang yang suka mencari muka di depan penguasa (penjilat).’ 

Baginda SAW ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia al-Jayyuf?’ Baginda SAW menjawab. ‘Iaitu pencuri kain kapan dari kubur.”

Baginda SAW ditanya lagi, “Wahai Rasulullah, siapak dia al-Qattat? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang suka adu-domba.’ 

Baginda SAW ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia ad-Daibub?’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang menjual kaum perempuan sebagai pelacur.’ 

Baginda ditanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia ad-Dayyuts.’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang tidak rasa cemburu terhadap isteri dan anak perempuannya jika bergaul dengan kaum lelaki.’

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, siapakah dia Shahibul ‘Arthabah? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu pemukul gendang.’ 

Baginda ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia Shahibul Kubah?’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu pemukul gendang kecil.’ 

Baginda SAW ditanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia al-’Utul?’ Baginda menjawab, ‘Iaitu orang yang tidak mahu memaafkan orang yang meminta maaf kepadanya kerana sikap sombong.’”

Baginda SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah dia az-zanim? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang dilahirkan dari hasil penzinaan dan suka melepak di tepi jalan untuk mengumpat orang yang lalu lalang. Adapun al-Aq, kamu sudah mengetahui kesemuanya, iaitu orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.’”

Tentang nasihat ini Muaz RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: 

“Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu tentang firman Allah SWT yang bermaksud, ‘Iaitu pada hari ketika sangkakala ditiup, lalu kamu datang secara beramai-ramai.”

(Surah An-Naba’ 78:18)

Rasulullah SAW menjawab: 

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan tentang suatu perkara yang mulia. Setelah menjawab Baginda SAW mengalirkan air mata.”

Kemudian Baginda SAW bersabda:

“Ada sepuluh golongan dari umatku yang akan dikumpulkan (di Padang Mahsyar) pada hari kiamat kelak dalam keadaan terpisah. Allah memisahkan mereka dari jemaah kaum muslim dan akan menampakkan bentuk rupa mereka (sesuai amal perbuatan dunia).Pertama: Ada yang berupa kera, iaitu orang-orang yang suka mengadu domba antara sesama manusia. Kedua: Ada yang berupa babi, iaitu orang yang ketika di dunia suka memakan barang yang haram dan bekerja dengan cara yang haram, seperti suap-menyuap (rasuah). Ketiga: Ada yang berjalan dengan kaki di atas dan wajahnya terseret di bawah. Mereka ialah orang-orang yang suka memakan riba. Keempat: Ada yang buta dan kebingungan, iaitu orang yang semasa di dunia suka melakukan kezaliman dalam memutuskan sesuatu hukum atau peraturan.  Kelima: Ada yang tuli dan bisu serta tidak berakal, iaitu orang-orang yang bangga diri atas amal perbuatannya.  Keenam: Ada yang mengunyah dirinya sendiri yang terjelir sehingga dadanya dan dari mulutnya mengalir nanah sehingga kaum muslim rasa jijik melihatnya. Merekalah para ulama dan tukang cerita yang ucapannya bertolak belakang dengan amal perbuatannya.  Ketujuh: Ada yang tangan dan kakinya terpotong, iaitu orang yang menyakiti jiran tetangganya. Kelapan: Ada yang tersalib di atas lempengan besi membara, iaitu orang yang suka mengadukan orang lain kepada penguasa dengan pengaduan yang batil. Kesembilan: Ada yang tubuhnya lebih busuk daripada bangkai, iaitu orang-orang yang semasa di dunia tenggelam dalam kenikmatan syahwat hingga melupakan hak-hak Allah pada harta dan diri mereka.  Kesepuluh: Ada yang berselimutkan kain dari aspal yang mendidih, iaitu orang-orang yang suka berlaku sombong dan angkuh.”

(HR Al-Qurthubi)

Sehubungan dengan penjelasan al-Jayyuf, sebahagian ulama salaf pernah menceritakan:

Di satu negeri, hiduplah seorang Jayyuf yang susah dikenali orang ramai. Seorang hakim yang soleh (Qadhi), ketika mendekati ajalnya, dia sempat memanggil Jayyuf dan berpesan kepadanya, ‘Saya ada dengar kamu suka membongkar kubur.’

Pada hari ini saya sudah mendekati ajal, belanja untuk pembelian kain kapan dan sebagainya kita sudah sediakan. Silalah ambil uang ini, tetapi kamu jangan bongkar kuburku. Si Jayyuf menjawab, ‘Baiklah’.

Si Jayyuf pun pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia menceritakan tentang pesanan qadhi tersebut kepada isterinya. 

“Kalau begitu kamu janganlah mencarinya,” kata isterinya. 

Ketika qadhi sudah meninggal dunia dan dikebumikan, si Jayyuf tidak tahan hendak mencuri kain kapan dari jenazah qadhi. Namun, isterinya melarang. Ternyata si Jayyuf tidak menghiraukan larangan isterinya. 

Dia tetap meneruskan kegiatannya, maka dibongkarkan kubur qadhi. Tiba-tiba dia terkejut melihat jenazah qadhi dalam liang kuburnya duduk bersama dua malaikat. Dia juga mendengar dialog ini. 

Malaikat pertama berkata kepada kawannya: “Ciumlah kedua-dua belah kakinya (qadhi). Malaikat yang diminta tersebut mencium kaki qadhi dan berkata, “Tidak ada sesuatu pada kakinya.”

“Ciumlah kedua-dua belah tangannya,” malaikat pertama meminta kembali. Malaikat kedua pun akhirnya mencium kedua-dua belah tangan qadhi dan berkata: “Dia tidak melakukan kemaksiatan dengan kedua-dua belah tangannya.”

“Ciumlah telinganya,” Malaikat kedua mencium telinga qadhi dan tidak menemui apa-apa. 

“Ciumlah telinga sebelah lagi.” Malaikat kedua terdiam setelag sebelumnya mencium telinga qadhi yang satu lagi. 

“Apakah yang kamu temui?”

“Aku menemui bau,” jawab malaikat kedua kepada malaikat pertama. 

“Apakah jenis bau tersebut?”

“Orang ini, dengan telinga sebelahnya, lebih mendengar salah satu dari dua orang yang bertikai.”

Tiba-tiba telinga qadhi membengkak, kemudian menyemburkan api yang mengeliat memenuhi seluruh kuburnya dan menyambar mata si Jayyuf hingga buta. 

Sumber: Kitab Nashaihul ‘Ibad, Nasihat-Nasihat Pilihan Menurut Al-Quran dan Hadis oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: