Dr Alexis Carrel, penerima anugerah Nobel laureate dalam bidang perubatan, mengatakan:
“Pekerja yang tidak tahu bagaimana cara mengurus kebimbangan dan tekanan, akan lebih terdedah kepada mati awal berbanding orang lain.”
Sesungguhnya setiap yang berlaku kepada seseorang itu pasti akan berlaku mengikut ketetapan Ilahi. Walaubagaimana pun, setiap manusia itu perlu melakukan langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan masalah-masalah yang hadir dalam hidup mereka. Oleh itu, Carrel dengan tepat menjelaskan bahawa kebimbangan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada kerosakan tubuh badan.
Kemurungan: Penyebab Ulser
“Kamu tidak akan ditimpa ulser kerana apa yang anda makan, tetapi sebaliknya disebabkan oleh apa yang memakan kamu.”
Ini merupakan petikan yang diambil daripada buku Dr. Joseph F. Montague, Nervous Stomach Trouble.
Penyair Arab terkenal al-Mutanabbi pula berkata:
“Dan tekanan mengubah badan yang gemuk kepada kurus, ia memutihkan rambut lelaki muda dan menjadikan dirinya tidak tentu hala.”
Kesan-Kesan Lain Kemurungan
Baru-baru ini saya membaca terjemahan buku Dr Edward Podolsky, Stop Worrying and Get Well. Berikut ini ialah bab-bab yang terdapat di dalam buku tersebut:
- Kesan kebimbangan ke atas jantung
- Tekanan darah tinggi disulitkan oleh kebimbangan
- Sakit sendi boleh dicetuskan oleh kebimbangan
- Kurangkan risau untuk kesihatan perut anda
- Bimbang boleh menyebabkan selsema
- Bimbang dan kelenjar tiroid
- Penghidap kencing manis yang membimbangkan
Dr Karl Menninger, pakar psikologi menulis buku berjudul Man Against Himself. Di dalamnya, dia menyebut:
“Dr Menninger tidak akan memberitahu anda cara bagaimana untuk mengelak kebimbangan, tetapi beliau akan memberikan anda laporan yang menghairankan tentang bagaimana cara kita merosakkan tubuh dan minda melalui kebimbangan dan kegelisahan, niat jahat, dendam, ketakutan, dan perasaan ingin membalas dendam.”
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Ali Imran 3:134)
Antara pengajaran jelas yang boleh kita ambil daripada ayat ini ialah kita perlu mempunyai hati yang baik, keamanan jiwa, saraf yang tenang, dan kebahagiaan.
Ahli falsafah Montaigne pernah berkata:
“Aku harap dapat membantu kau menyelesaikan masalahmu dengan tangan aku, tetapi bukan dengan hati dan paru-paru aku.”
Apakah Yang Dilakukan Kemurungan dan Kemarahan Kepada Tubuh Kita?
Dr Russell Cecil dari Cornell University menyebut empat punca arthritis/sakit sendi yang meluas:
- Perselisihan Perkahwinan
- Kerumitan Kewangan dan Kemurungan
- Kesepian dan Kebimbangan
- Niat jahat dan Dendam
Dr William Mark Gaungil, ketika bercakap kepada Persatuan Pergigian Amerika, berkata:
“Perasaan tidak gembira seperti kebimbangan dan ketakutan mungkin menjejaskan pengagihan kalsium di dalam badan, dan akibatnya, merosakkan gigi.”
Bersangka Baik Dengan Allah SWT
William James berkata: Tuhan mungkin akan mengampunkan dosa-dosa kita, tetapi sistem saraf pusat tidak mungkin.
Ibn al-Wazeer menulis di dalam bukunya al-Awasim wal-Qawasim:
“Sesungguhnya, bergantung harap kepada keampunan Allah SWT membuka pintu optimisme untuk hamba-Nya, menjadikan dia lebih patuh dalam mengerjakan ibadat, dan memberi inspirasi kepada dia untuk lebih bersemangat dalam melakukan ibadah-ibadah secara sukarela dan berlumba untuk melakukan kebaikan.”
Ini adalah benar, terutama kerana sesetengah orang tidak tergerak untuk melakukan kebaikan kecuali apabila mereka teringat akan keampunan, belas kasihan dan sifat Maha pemurah Allah SWT. Kesan daripada merenungkan sifat-sifat ini, mereka berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh melakukan amal soleh.
Petikan: Don’t Be Sad by Dr A’id al-Qarni
Leave a Reply