36. ASMAUL HUSNA – ASY-SYAKUR (Yang Maha Membalas Budi)

Asmaul Husna yang ke-36 ialah Asy-Syakur yang membawa erti Tuhan Yang Maha Pembalas. Allah SWT pasti membalas segala amal kebajikan hamba-Nya sebagaimana yang dijanjikan. Orang-orang mukmin yang beramal soleh akan menerima balasan syurga, sementara orang-orang kafir dan ahli maksiat akan menerima balasan neraka.

 Justeru tiada seorang pun daripada manusia terkecuali daripada menerima pembalasan. Sama ada baik ataupun buruk pembalasan itu bergantung kepada segala amal dan perbuatan mereka semasa hidup di dunia.

Pengajaran yang dapat dikutip daripada sifat Allah Asy-Syakur ialah tentang sifat tidak melupakan kebaikan seseorang terhadap diri kita. Allah SWT sendiri tidak pernah melupakan manusia yang berbuat baik kepada-Nya – mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-Nya – Lantas membalasnya dengan syurga. Justeru sebagai manusia, kita haruslah bersikap mengenang budi baik seseorang dan berusaha membalas budi orang lain kepada kita. 

Kejahatan seseorang juga perlu dibalas dengan kebaikan, iaitu dengan berdoa kepada Allah SWT supaya Dia mengampunkan segala kejahatan yang telah dilakukan, serta memimpinnya menjadi orang yang baik. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: