Kuala Lumpur, 6 April 2023 – Coca-Cola Malaysia mempergiatkan aktiviti menyantuni golongan kurang bernasib baik dan memberi keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan pada Ramadan kali ini, seiring dengan falsafah jenamanya ‘Real Magic’ untuk menyatukan komuniti dan membawa kesan positif kepada masyarakat umum.
Tahun ini, Coca-Cola Malaysia memperkasakan inisiatif Ramadannya bersama-sama rakan kerjasama baharunya iaitu K Fry Urban Korean dan Pizza Hut Malaysia, serta mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, MYDIN Malaysia dan Marrybrown.
“Kami sangat berbesar hati dapat menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Ramadan ini melalui sumbangan ‘Bakul Rahmah’ kepada golongan B40 dan inisiatif ‘Bubur Lambuk Rahmah’ yang akan diagihkan kepada pelbagai kumpulan masyarakat di pelbagai lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh negara, bersama-sama MYDIN Malaysia,” kata Encik Khairul Anwar Ab Gahani – Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian – Coca-Cola Bottlers bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sebagai sebuah syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Cola telah menyusun beberapa siri Majlis Iftar dan Bantuan Makanan Ramadan di bawah program Fast2Feed yang dianjurkan di seluruh negara, termasuk lokasi-lokasi utama seperti pasaraya Mydin di Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor, yang bakal memberi manfaat kepada lebih 4,000 penerima melibatkan golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
Leave a Reply