10 Tips untuk Menjalani Kehidupan Yang Baik dan Mulia

Al-Quran dan hadis merupakan pedoman bagi manusia dalam menelusuri kehidupan di dunia yang serba mencabar, atas satu tujuan, menemui jalan pulang kepada Allah SWT dengan jayanya. Ini merupakan10 tips untuk menjalani kehidupan yang baik dan mulia berdasarkan Al-Quran dan hadis.   

  1. Bangunlah di sepertiga akhir malam untuk memohon keampunan dari Allah SWT. “…dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali ‘Imran 3:17)
  1. Sekurang-kurangnya sekali sekala, bersendirianlah untuk merenung kejadian dan kehebatan penciptaan Allah SWT. “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi…” (Ali ‘Imran 3:191)
  1. Berdamping dengan orang-orang soleh. “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (Al-Kahfi 18:28)
  1. Sentiasa mengingati Allah SWT. “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;” (Al-Ahzab 33:41)
  1. Solat dua rakaat dengan keikhlasan dan penuh ketaqwaan. “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” (Al-Mu’minun 23: 1-2)
  1. Bacalah Al-Quran dengan kefahaman dan refleksi. “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?” (An-Nisa’ 4:82)
  1. Berpuasalah di hari yang panas dan kering. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Dan demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang puasa lebih harum di sisi Allah Ta’ala berbanding harumnya minyak kasturi. Allah berfirman, ini kerana dia meninggalkan makanannya, minumannya dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa.” (Riwayat Imam al-Bukhari)
  1. Berilah amal jariah secara rahsia. “…Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya,..” (Sahih Bukhari, 620)
  1. Ringankan beban dan berikan bantuan kepada orang Islam yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda, ”Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; ” (HR Muslim)
  1. Bertabahlah dan jangan terpedaya dengan godaan dunia dan gemerlapannya. “Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Al-A’la 87:17)

Seandainya dia berlindung kepada Allah, tentulah kesudahannya amat berbeza. Punca kesengsaraan Raja Namrud berpunca daripada kata-katanya, “Aku yang menghidupkan dan aku yang menyebabkan kematian.” Dia tidak mengukur baju di badannya sendiri dan mendakwa dia mempunyai kualiti yang tidak dia miliki, lantas kejatuhannya serba lengkap. 

Kunci kebahagiaan boleh disimpulkan di dalam satu ungkapan yang ringkas tetapi mendalam maksudnya, iaitu ungkapan Tauhid, kalimah syahadah: “Tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Apabila kau telah melafazkan syahadah di dunia ini, di syurga kelak kau akan diberitahu bahawa “Kau telah berkata benar.”

“Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zumar 39:33)

Sumber: Don’t Be Sad by Dr A’id al-Qarni

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: