Raikan Hari Istimewa di Serai, Kuala Lumpur

Restoran Serai sering menjadi tumpuan warga Lembah Klang kerana pilihan menunya yang pelbagai, lazat dan menepati citarasa tempatan. Menu di Serai menampilkan sajian masakan Malaysia serta masakan barat yang disediakan sempurna dengan persembahan yang menarik. Tidak hairanlah Serai sentiasa menjadi pilihan, terutama ketika meraikan hari istimewa bersama keluarga dan rakan taulan.

Serai Platter ialah di antara hidangan menarik di Serai. Ada tiga lauk (asam pedas ekor, sotong madu dan ayam goreng berempah)  mengiringi nasi putih, dan ditambah dengan acar timun dan bawang, hidangan ini sangat berbaloi.  Nasi Kerabu, Nasi Ulam Ayam Bakar, Nasi Lemak Pandan, Nasi Campur juga antara menu Melayu yang menarik untuk dicuba di sini. 

Selain masakan Melayu, masakan Barat juga tidak kurang hebatnya di Serai. Pilihan utama mymuslimin ialah Ayam Bakar Dengan Madu dan Thyme, ayam yang dibakar dengan madu dan dihidangkan bersama kentang putar yang lemak berkrim.

Ada juga hidangan ikan Salmon, steak, lamb shank, fish & chips, hidangan pasta, serta masakan panas seperti ikan siakap/kerapu stim, ikan masak masam manis, sayur, dan bermacam-macam jenis masakan lagi.  Hidangan goreng-goreng juga tersedia seperti mi goreng mamak, char kueh teow, berjenis nasi goreng dan sebagainya. Pendek kata, Serai memberi begitu banyak pilihan yang lazat kepada pelanggannya. 

Serai juga menawarkan senarai kek dan manisan yang menarik dan beraneka! Kek Pavlova di Serai mesti-cuba, Creme Brulee Pistachio, Ais Kacang, Pisang Goreng dan macam-macam lagi tersedia untuk pelanggan. 

Dekor Serai moden, kemas, menenangkan, berkonsepkan kasual fine-dining, sesuai dikunjungi untuk meraikan hari istimewa, menjamu rakan perniagaan, atau sebagai ganjaran diri ketika dapat gaji. Pelayan Serai juga sangat professional dan menyenangkan. Nak selak-selak Menu Serai sebelum pergi, dapatkan di sini.

Serai mempunyai lapan cawangan di Selangor dan Kuala Lumpur. Di Selangor, Serai bertempat di Empire Subang Jaya, Jaya Shopping Centre Petaling Jaya, Paradigm Kelana Jaya dan yang terbaru di Setia City Shah Alam.   Manakala di Kuala Lumpur, Serai berada di Shaftsbury Square Cyberjaya, KLCC, Pavilion dan di KL East Melawati. 

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑