Bekerja itu Ibadah

Kerja jika diniatkan semata-mata kerana Allah SWT dan untuk memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, ianya ialah satu ibadah. 

Objektif kita keluar bekerja ialah untuk mencari rezeki yang halal bagi kegunaan diri sendiri, keluarga dan untuk membantu tetangga dan masyarakat tatkala mereka memerlukan. 

Islam membenarkan umatnya bekerja sekiranya kerja itu halal dan tidak bertentangan dengan syariat serta tidak melakukan perkara haram walaupun niatnya baik.

Dalam kita berusaha untuk mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga, kita perlu berhati-hati dan muhasabah diri agar terhindar daripada perbuatan yang ditegah oleh Islam yang akan menjerumuskan diri kita ke dalam dosa dan mencemarkan keberkatan rezeki yang kita perolehi. 

Ketika bekerja, elakkan diri daripada:

  • Memberi atau menerima rasuah dalam pekerjaan.
  • Menipu dan menganiayai syarikat atau pelanggan yang berurusan dengan kita.
  • Culas dalam melakukan tugasan, tidak berniat memudahkan urusan untuk orang lain.
  • Berbohong kepada syarikat atau untuk syarikat, untuk menyelamatkan diri sendiri.
  • Bertangguh kerja walaupun mampu untuk menyelesaikannya dalam masa yang lebih singkat.
  • Membuang masa secara sedar seperti berborak, lepak-lepak, tengok video di YouTube, berWhatsApp, kerana kurang disiplin dan jati diri.
  • Ingkar dengan arahan ketua yang baik dengan melakukan perbuatan bertentangan arahan.
  • Tidak menghormati rakan sekerja ketika berkomunikasi dan berurusan dengan mereka.
  • Mengadu domba, menikam belakang dan menjatuhkan orang-orang di sekeliling untuk tujuan peribadi.
  • Lalai untuk solat dan tidak berakhlak baik sewaktu bertugas.
  • Melakukan kerja-kerja lain yang tidak berkaitan dengan kerja hakiki di dalam waktu bertugas.  
  • Dan macam-macam lagi. Tepuk dada dan tanyalah diri tentang kewajarannya.  

Luruskan niat dan jujurlah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan semata-mata kerana Allah SWT dan supaya kita memperolehi barakah di dalam kehidupan dengan pendapatan pekerjaan kita itu. Insya Allah.   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: