Ada sebahagian ulama zuhud berkata yang maksudnya:
“Barang siapa yang melakukan dosa dan dia ketawa (bangga terhadap dosanya) maka Allah akan memasukkan dia ke dalam neraka dalam keadaan menangis. Barang siapa yang taat kepada Allah dan dia menangis (kerana malu dan takut kepada-Nya), maka Allah akan memasukkan dia ke syurga dalam keadaan ketawa bahagia.”
Orang pertama di dalam neraka yang menangis kerana dia menyesal terhadap perbuatannya sehingga dia meronta-ronta memohon keampunan. Sementara itu, orang yang kedua berakhir dengan ketawa kerana di syurga dia mendapat keinginannya, yakni keampunan daripada Allah SWT.
Leave a Reply