Telah berkata Umar bin Al-Khattab RA yang bermaksud:
“Lautan itu ada empat jenis:
1. Hawa nafsu yang berupa lautan dosa, iaitu kecenderungan jiwa untuk memenuhi keinginan-keinginan yang tidak dibenarkan oleh syariat.
2. Nafsu yang berupa lautan syahwat, iaitu nafsu amarah dengan tabiatnya yang cenderung mencari kenikmatan jasmani. Inilah yang menjadi habitat semua keburukan.
3. Kematian yang berupa lautan umur, iaitu kematian yang merupakan umur-umur beserta lembaran-lembaran catatan amal.
4. Alam kubur yang berupa lautan penyesalan, iaitu alam barzakh yang memisahkan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.”
Sumber: Kitab Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply