Romantik itu Sunnah 

Walau sesegak dan segagah mana pun seorang suami, isteri cair dengan sisi romantisnya. Jangan segan untuk menjadi romantik kerana romantik itu sunnah Rasulullah SAW.

Menyuap Isteri Makan

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala)." (HR Muslim)

Berjenaka Dengan Isteri

"Ketika di dalam perjalanan bersama Rasulullah SAW: Aku berlumba lari dengan Baginda dan aku mengalahkannya. Kemudian, bila badan aku berisi, aku berlumba lagi dengan Rasulullah dan kali ini dia mengalahkanku. Baginda ketawa sambil berkata: Ini hukuman kerana mengalah aku dahulu." (HR Abu Daud 2578)  

Mandi Bersama-Sama 

“Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Rasulullah SAW mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah, terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan." (HR Bukhari) 

Membantu Menaikkan Isteri ke atas Unta 

Diriwayatkan "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta” (HR Bukhari) 

Menghantar Isterinya Ketika Hendak Keluar 

Shafiyyah binti Huyay RA berkata, “Suatu ketika Rasulullah SAW sedang beriktikaf. Kemudian aku mendatangi dan menjenguknya pada malam hari, dan berbincang-bincang dengan Baginda. Ketika aku berdiri hendak kembali, Baginda berdiri bersamaku untuk menghantar (menemani sampai ke pintu), lalu berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu.” (Riwayat Bukhari, No. 2033 dan Muslim, No. 2175). 

Makan dan Minum dari Bekas Bibir Isteri 

Aisyah RA berkata, “Aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad SAW (dari bekas yang sama), di mana Baginda menempelkan mulutnya sama di tempat bekas aku minum, lalu Baginda minum. Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberikan daging itu kepada Rasulullah, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.” (Riwayat Muslim, No. 800) 

Memanggil dengan Panggilan Manis 

Nabi Muhammad SAW selalu memanggil Aisyah RA dengan panggilan kesayangan iaitu ‘Humaira’ (yang pipinya kemerah-merahan) sesuai dengan sifat fizikalnya. Kadangkala, Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan sebutan ‘Ya ‘Aisy’ dengan membuang huruf terakhir, untuk menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan. 

Keluar Bandar Bersama Isteri 

Aisyah RA menuturkan, “Apabila hendak keluar, Rasulullah SAW mengundi isteri-isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Memujuk dengan Memegang Hidung Isteri 

Nabi Muhammad SAW biasanya memegang hidung Aisyah RA jika dia (Aisyah) marah, dan Rasulullah berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa, “Wahai Tuhanku, Tuhan (yang mengutus) Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni) 

Mendukung Isteri Tercinta 

Aisyah RA bertutur, Rasulullah SAW sedang duduk-duduk kemudian kami terdengar keriuhan diikuti suara kanak-kanak. Rasulullah kemudian berdiri dan ketika itu ada seorang wanita Ethiopia (Habsyah) yang sedang menari dan kanak-kanak berada di sekitarnya. Baginda lalu berkata, “Wahai Aisyah, ke marilah dan lihatlah (apakah kamu ingin melihat?)” Lalu kujawab, “Ya.” Lalu Baginda mendirikanku di belakang Baginda dan pipiku di atas pipi Baginda. Ku letakkan daguku di atas bahu Rasulullah SAW.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Tirmidzi) 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: