Oleh: Mymuslimin.com
Kerancakan pertandingan bolasepak Piala Dunia telah pun bermula di Qatar. Ini adalah kali pertama sebuah negara Arab menjadi tuan rumah kepada pertandingan berprestij ini dan pelbagai reaksi positif dan negatif telah dapat kita saksikan sendiri.
Namun, yang perlu diberikan pujian adalah usaha pihak penganjur menerapkan imej Islam di sepanjang acara kali ini.
Antara yang mencuri tumpuan adalah mural-mural yang mengandungi Hadith Nabi Muhammad SAW dipaparkan di segenap penjuru setiap lokasi yang menjadi hos kepada ratusan ribu pelancong dan peminat bolasepak dari serata dunia.



Leave a Reply