Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke KARNIVAL MAIWP pada 28 dan 29 Januari 2023 ini bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Tema Karnival MAIWP 2023 ini ialah ‘Memperkasa dan Berdaya Usaha -Menuju 50 Tahun Kecemerlangan MAIWP’
Karnival ini akan menawarkan 100 reruai yang akan menghimpunkan usahawan asnaf, pempengaruh, selebriti, Institusi Pendidikan MAIWP, rakan korporat MAIWP dalam satu program berskala besar.
Sempena Karnival MAIWP 2023 ini, MAIWP juga mengadakan acara larian MAIWP RUN yang akan diadakan pada 29 Januari untuk acara 5km dan 3km. Acara ini dijangka akan disertai oleh seramai 10,000 orang peserta daripada semua lapisan masyarakat. Untuk pendaftaran, sila klik > pautan ini
Dan MAIWP juga akan mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana gilang gemilang bertemakan Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam melibatkan 100 pasangan pengantin di kalangan asnaf yang dijangka dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Januari 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara yang menarik ini!
Leave a Reply