Apakah Hukum Isteri Menolak Nafkah Batin?

Nafkah batin adalah sangat penting di dalam sesebuah perkahwinan tetapi disebabkan gaya hidup masa kini yang menuntut suami dan isteri untuk mencari rezeki, nafkah batin sering diabaikan akibat penat dan tidak berminat. Adakah boleh isteri menolak nafkah batin atas alasan sebegitu atau menipu untuk melepaskan diri? Dapatkan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang permasalahan ini.

Mencari Sakinah Dalam Perhubungan

Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. Berusahalah untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Proses ini tidak mudah atau cepat.

Apakah Hukum Suami Isteri Bermesra di Siang Hari Ramadan Sehingga Istimna’? 

Persoalan tentang had keintiman pasangan suami isteri di siang hari bulan Ramadan ini bukanlah perkara baru. Sebagai contoh, apakah denda yang perlu dilunaskan jika suami keluar air mani (istimna’) tanpa persetubuhan? Adakah Islam melarang sama sekali suami isteri bermesra di siang hari Ramadan? Marilah kita dapatkan penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang bab ini.

Isu Perceraian Selebriti – Orang Awam Tidak Perlu Komen

Oleh kerana tahun 2023 ini telah dipanaskan oleh kisah permohonan cerai selebriti-selebriti yang tular di media sosial dan telah menjadi perbualan orang awam tidak kira masa, ketika dan gaya bahasa, adalah pentingnya kita kembali kepada saranan Islam tentang menjaga adab-adab dalam menangani krisis rumahtangga. 

Sumpah Simpan Rahsia Suami Isteri

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa pasangan suami isteri itu ibarat pakaian yang saling menutup keaiban dan melindungi sesama mereka, selain memelihara daripada terdedah kepada anasir-anasir luar yang memudharatkan.

7 Trend Perhubungan Popular 2022

Kali ini mymuslimin ingin membawakan 7 trend perhubungan popular pada tahun 2022. Bukanlah bertujuan untuk menggalakkan siapa-siapa untuk mencuba tetapi kita jadikan ini sebagai peringatan supaya kita hati-hati dalam menjalin perhubungan dan menjaga batas-batas kita sebagai seorang Islam dalam kita menjalani kehidupan dan perhubungan seharian.  

Hak-Hak Seorang Isteri

Hak-hak isteri ke atas suami sangat banyak, di antaranya, suami harus memperlakukan mereka dengan akhlak yang baik, menerima dengan sabar perlakuan mereka yang menyakitkan dan menyayangi mereka atas kekurangan.

Hak-Hak Seorang Suami

Berkahwin merupakan bentuk pengabdian seorang isteri kepada suami. Ketaatan kepada suami merupakan kewajipan mutlak bagi seorang isteri, selama ketaatan itu bukan dalam kemaksiatan. Besarnya hak seorang suami ke atas isterinya.

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

Adakah lelaki budiman atau 'gentleman' masih ramai di luar sana ataupun sudah diancam kepupusan? Sebelum kita membuat kesimpulan tentang populasi lelaki budiman ini, kita kena mengenali siapakah mereka. Lelaki budiman ini boleh dibezakan dengan sikapnya yang berlainan daripada ramai lelaki yang biasa-biasa. Perbezaan dalam sikapnya itu akan membuatkan dia menyerlah dan disayangi oleh isteri, ahli keluarga dan semua. 

TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan

Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.

Blog at WordPress.com.

Up ↑