ASMAUL HUSNA – AL-MUHYI (Yang Maha Menghidupkan) 

Asmaul Husna yang ke-61 iaitu Al-Muhyi yang bermaksud Tuhan Yang Menghidupkan segala makhluk yang mati. Mudah bagi Allah SWT menghidupkan sesuatu yang mati, sedangkan mengadakan sesuatu yang tidak wujud juga mudah bagi-Nya. Inikan pula sekadar menghidupkan sesuatu yang sudah ada.

5 Kesan Buruk Ekonomi Gig 

Peluang pekerjaan ekonomi gig memberi pendapatan tunai serta-merta dan masa anjal yang sesuai dengan gaya hidup orang muda. Walaupun keputusan yang diambil ramai orang muda untuk menceburkan diri dalam ekonomi gig tidak salah, ianya tidak matang dan tepat dalam jangkamasa panjang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

Bumi Semakin Panas Akibat Perbuatan Manusia 

Sekarang ini dunia sedang mengalami perubahan iklim yang hebat dan kesannya dapat dirasai dengan suhu harian yang tinggi, taburan hujan yang tidak menentu, kemarau, banjir besar, ribut dan sebagainya. Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar itu rapa dan saling memerlukan. Oleh manusia diberikan tanggungjawab untuk menjaga kemakmuran muka bumi dan menjaganya mengikut ajaran yang dibawa Islam.

Nikmat Di Dunia Akan Ditanya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata yang ertinya: "Rasulullah bersabda, 'Perkataan pertama yang dikatakan kepada seorang hamba pada hari kiamat ialah, bukankah Aku telah memberi kesihatan kepada tubuh badanmu, dan memberimu minum daripada air yang sejuk?"

Festival Turath Islami Selangor

Festival Turath Islami Selangor yang bakal berlangsung dari 20hb hingga 25hb Mei 2023 ini, akan mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumudin, karya Al-Ghazali, sekaligus menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab tersebut buat kali pertamanya dalam Bahasa Melayu. Klik untuk mendaftar.

Akibat Lidah, Malapetaka Menanti

Di antara penggunaan lidah yang nampak tidak membahayakan ialah, meminta-minta, memuji-muji orang lain, menyanyi, berjenaka dan berbalah. Antara ujian paling besar mengenai penyalahgunaan lidah, yang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah nyanyian. 

Tips Jaga Badan Cara Islam

Islam memberi panduan kepada manusia dalam semua aspek kehidupan termasuklah cara pemakanan. Bukankah semua ini common sense? Melihat kepada peningkatan masalah obesiti dan penyakit yang dihadapi manusia di seluruh dunia, jelas sekali manusia itu perlu bimbingan. Rujukan Al-Quran dan hadis memberikan panduan yang sangat berguna untuk manusia menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Permohonan Kelima Penghuni Neraka

Muhammad ibn Ka'ab berkata bahawa penghuni neraka mempunyai lima permohonan. Empat permohonan di antaranya dikabulkan Allah. Apabila mereka mengajukan permohonan kelima, setelah itu mereka tidak akan berbicara lagi untuk selama-lamanya. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑