Salam Maulidur Rasul

Mymuslimin.com mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi. Marilah kita memperbanyakkan selawat kita kepada Baginda SAW setiap hari.

3 Prinsip Kewangan Mudah Untuk Diamalkan

Bebanan hutang, tanggungjawab kewangan, dan bil untuk dibayar setiap bulan, terutama bagi mereka yang menetap di kota, boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan yang berterusan. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah dengan ramalan kewangan tahun hadapan yang tidak memberangsangkan, kita perlu mula mengubah cara hidup dan mengubah sikap tentang cara kita berbelanja dan mengurus kewangan.  

Pesanan Imam Al-Ghazali – Adab Hari Jumaat 

Hari Jumaat adalah hari raya bagi kaum Mukminin. Ia adalah hari mulia yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada umat ini. Pada hari ini, ada suatu saat yang tidak diketahui, dimana jika seorang Muslim yang memohom kepada Allah Ta’ala suatu hajat tepat pada waktu itu melainkan Allah akan mengabulkan hal itu buatnya. Ikuti pesanan Imam al-Ghazali mengenai adab hari Jumaat.

Teks Khutbah Jumaat: Teladan Sepanjang Zaman 

Maulidurrasul disambut bagi mengenang dan mengambil pengajaran dari junjungan besar ini supaya kita dapat menanamkan kecintaan yang tinggi kepada Baginda SAW. Nabi Muhammad SAW merupakan suri teladan yang paling baik untuk diikuti, sebagai anak, suami, bapa, juga seorang ketua negara. Kita sebagai umatnya perlulah mencontohi Rasulullah SAW supaya mendapat keredhaan Allah SWT dan ganjaran dari-Nya.

Hukum Menangis Ketika Solat

Adakalanya, kita mungkin tersentuh dengan bacaan Imam yang begitu indah sehingga menitiskan airmata. Bagaimana pula jika menangis hingga mengeluarkan suara? Dengarkan jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus ini.

Meraih Syurga Impian

“Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah SWT.” - Imam Syafi’i. Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang beriman adalah bukti Allah SWT menaikkan darjat dan meninggikan kedudukan orang-orang beriman dengan memberi mereka kemuliaan, iaitu syurga.

Kisah Umrah – Teguran Buat Tetamu Allah SWT

Saya nak bagi sedikit teguran buat tetamu-tetamu Allah swt yang Allah swt sendiri jemput ke Baitullah dan Madinatunnabi. Satu sahaja perkara yang buat hati saya rasa ralat dan terkilan adalah tabiat buruk DuyufurRahman (tetamu Allah swt) di bumi Makkah dan Madinah.

Jom Kenali Malaikat – Pengajar Sihir, Harut & Marut

Harut dan Marut adalah dua malaikat yang diutus Allah dalam bentuk rupa manusia lelaki yang mengajar sihir kepada manusia, sehingga mereka dapat membezakan antara sihir dan mukjizat, agar tidak tertipu dan tidak ragu-ragu dalam dakwah nabi atau berfungsi untuk menafikan pengakuan para penyihir akan kenabiannya.

SHORT TAKES: Of Dashboard Cams and the Need for a “Sabar” Campaign

According to one news report, a fatal accident occurs every 84 mins in Malaysia. And statistically, we have one of the highest fatality-to-number-of vehicles ratio in the world. As Muslims, all of us are taught the virtues of patience from a very young age. “Sabar separuh daripada iman (“patience/forbearance is half of faith),” we are told. But are we living our lives with sabar?

20. ASMAUL HUSNA – AL-’ALIIM (Yang Maha Mengetahui)

Asmaul Husna yang ke-20 ialah Al-’Aliim yang bermaksud Yang Maha Mengetahui atau Yang Maha Pakar, iaitu kepakaran yang menyeluruh dan selama-lamanya. Berbeza dengan manusia yang bergelar alim atau pakar, pengetahuannya pakar, pengetahuannya tetap mempunyai batas-batas tertentu. Mungkin manusia mencapai tahap kepakaran dalam suatu bidang khusus, tetapi kita tidak alim atau tidak pakar dalam bidang yang lain. Kepakaran manusia mempunyai permulaan, dimulai dengan tidak tahu. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑