Daily Sunnah – Knowledge of the Deen

Knowledge is essential in getting to know our mighty creator, Allah SWT. Therefore, every Muslim must seek beneficial knowledge, regardless of gender, age, ethnicity, or social status, to succeed in this world and the next. So do our part, make an effort to seek knowledge, and Allah will help, InsyaAllah.

LENSA MYMUSLIMIN – Entopia by Penang Butterfly Farm

Kali ini Lensa MyMuslimin merakamkan flora dan fauna di Entopia, Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Entopia lahir daripada gabungan dua perkataan, Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan penyelidikan serangga manakala Utopia pula ialah sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga. Saksikan keindahan Entopia, Subhanallah.

Ketua Yang Baik Ada 8 Ciri Ini

Ada orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan semulajadi yang menyerlah. Ada orang yang belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik berdasarkan tip-tip yang mereka pelajari. Sifat kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan yang baik, bervisi, berdisiplin dan mampu mengharungi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Buat Apa Marah Kalau Boleh Bersabar

Sifat marah ialah sifat semulajadi yang ada pada setiap manusia. Bukan semua orang mempunyai tahap sabar yang sama. Jika marah tidak dibendung di dalam diri, ia akan mengakibatkan banyak masalah lain di dalam kehidupan seseorang.  Banyak teknik bersabar yang boleh digunapakai dan Islam menganjurkan 4 cara ini mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mari Turunkan Berat Badan & Jalani Hidup Lebih Sihat

Ramai orang mahu cergas dan mengekalkan berat badan ideal. Malangnya, tidak ramai yang tahu atau ambil tahu apakah cara atau komitmen yang diperlukan untuk mencapai impian itu. Setiap kali tahun baru muncul, 99% daripada kita akan bertekad untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang 5% yang komited dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mari lihat beberapa nasihat dan tip untuk menjadikan tubuh badan kita lebih baik, lebih sihat dan sedap dipandang.

Masakan Padang Asli Kampung Baru – Beraneka Pilihan Lauk yang Sedap!

Untuk mereka yang tidak biasa dengan makanan Indonesia, Makanan Padang atau Masakan Minang ialah masakan masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Makanan Padang tidak asing lagi di Malaysia kerana masakan begini memang kena dengan selera orang Malaysia tidak kira bangsa apa. Ada cili, ada santan, ada nasi, siapa yang tidak suka. Restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur berlatarbelakangkan bangunan KLCC memang menjadi tumpuan warga kotaraya selama bertahun-tahun lamanya.

Sampaikanlah Salam

Salam ialah perbuatan yang sangat dituntut oleh Islam. Salam yang dimaksudkan ini bukanlah berjabat tangan yang sering dilakukan oleh orang kita, tetapi mengucapkan السلام عليكم yang membawa maksud “selamat sejahtera ke atas kamu semua” tatkala berjumpa dengan muslimin yang lain.

Blog at WordPress.com.

Up ↑