Asmaul Husna yang ke-49 ialah Al-Majid yang membawa erti Yang Maha Mulia atau Yang Maha Tinggi ataupun Yang Maha Ternama. Nama-nama Allah SWT yang telah dihuraikan sebelum ini, boleh dikatakan hampir serupa maknanya. Ia disebabkan perbendaharaan bahasa Melayu yang begitu terhad, tidak mampu menterjemahkan nama Allah SWT secara tepat.
Walau bagaimanapun Al-Majid dapat difahami dengan melihat hasil ciptaan-Nya yang begitu sempurna.
Daripada ciptaan yang terlalu seni seperti kejadian manusia daripada baka yang tersangat seni hinggalah menjadi manusia yang begitu unik kejadiannya. Begitu juga jutaan planet yang bergerak di angkasa, dengan saiz yang amat besar setiap satunya, tetapi ia beredar tanpa bertembung antara satu dengan yang lain. Oleh kerana segala bukti kasih sayang Allah SWT dapat disaksikan oleh manusia, maka dengan kebaikan itu amat layaklah Allah SWT menamakan dirinya sebagai Al-Majid.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply