Kali ini Lensa MyMuslimin merakamkan flora dan fauna di Entopia, Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Entopia lahir daripada gabungan dua perkataan, Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan penyelidikan serangga manakala Utopia pula ialah sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga. Saksikan keindahan Entopia, Subhanallah.
Ketua Yang Baik Ada 8 Ciri Ini
Ada orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan semulajadi yang menyerlah. Ada orang yang belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik berdasarkan tip-tip yang mereka pelajari. Sifat kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan yang baik, bervisi, berdisiplin dan mampu mengharungi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugasan yang diberi.
Bekerja itu Ibadah
Kerja jika diniatkan semata-mata kerana Allah SWT dan untuk memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, ianya ialah satu ibadah.
#MONDAYMOTIVATION – “Maybe YOU’RE the Reason Corruption is Winning”
Do we stand up against injustice? Or we’re too contented in our comfort zone? Listen to this advice by Nouman Ali Khan.
Jalan-Jalan di Dubai
Memandangkan ramai yang sudah memperbaharui pasport untuk mula mengembara, mymuslimin mencadangkan Dubai sebagai destinasi percutian.
Buat Apa Marah Kalau Boleh Bersabar
Sifat marah ialah sifat semulajadi yang ada pada setiap manusia. Bukan semua orang mempunyai tahap sabar yang sama. Jika marah tidak dibendung di dalam diri, ia akan mengakibatkan banyak masalah lain di dalam kehidupan seseorang. Banyak teknik bersabar yang boleh digunapakai dan Islam menganjurkan 4 cara ini mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Mari Turunkan Berat Badan & Jalani Hidup Lebih Sihat
Ramai orang mahu cergas dan mengekalkan berat badan ideal. Malangnya, tidak ramai yang tahu atau ambil tahu apakah cara atau komitmen yang diperlukan untuk mencapai impian itu. Setiap kali tahun baru muncul, 99% daripada kita akan bertekad untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang 5% yang komited dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mari lihat beberapa nasihat dan tip untuk menjadikan tubuh badan kita lebih baik, lebih sihat dan sedap dipandang.
Masakan Padang Asli Kampung Baru – Beraneka Pilihan Lauk yang Sedap!
Untuk mereka yang tidak biasa dengan makanan Indonesia, Makanan Padang atau Masakan Minang ialah masakan masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Makanan Padang tidak asing lagi di Malaysia kerana masakan begini memang kena dengan selera orang Malaysia tidak kira bangsa apa. Ada cili, ada santan, ada nasi, siapa yang tidak suka. Restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur berlatarbelakangkan bangunan KLCC memang menjadi tumpuan warga kotaraya selama bertahun-tahun lamanya.
Pesanan Saidina Abu Bakar As-Siddiq – Carilah 5 Penerang Kepada 5 Kegelapan
Saidina Abu Bakar As Siddiq (ra) berpesan tentang bahayanya lima kegelapan dan bagaimana untuk melindungi diri dengan mencari penerangnya.
Lelaki Qawwam
Qawwam diambil daripada perkataan ‘Qaim’ yang membawa maksud bertanggungjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan, mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela.
Doa Dikurniakan Jodoh Terbaik
Sebagai orang Islam, dalam kita menguruskan kehidupan, kita perlu benar-benar yakin dengan takdir dan Qadar Allah. Siapa sahaja yang dijodohkan dengan kita itu memang telah ditulis di dalam lembaran hidup kita. Namun, kita perlu berusaha dan terus berdoa kepadaNya.
TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan
Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.
Sate 7 Pagi – Aneka Sarapan Orang Selatan!
Bila bercerita tentang sarapan sate, memang terus teringat bandar Maharani di Johor Darul Takzim. Tetapi, kali ini mymuslimin tidak perlu pandu jauh ke selatan kerana Sate 7 Pagi menyediakan menu hidangan Johor beraneka pilihan hanya beberapa kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.
MODENAS Lancar Ninja, Ninja 250 ABS, Z250 ABS
Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model - Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.
LENSA MYMUSLIMIN – Cameron Highlands
LENSA MYMUSLIMIN merakamkan gambar-gambar kebun teh yang menghijau di Cameron Highlands sejauh mata memandang juga bunga-bunga yang mekar di tanah subur ini. Subhanallah.
KELAB BUKU – The Modernist Menace to Islam
Modernism is the religion that is being forced onto Muslims, pressuring them to abandon Islam and the Islamic tradition. This book is a response to the Modernism menace.
Ohh Bakery & Cafe – Pasta & Sajian Manisan Sedap!
Kali ini mymuslimin.com menjamu selera di kafe comel yang terletak di deretan kedai di Denai Alam, Jelutong, Shah Alam. Kenapa kami memilih cafe ini? Kerana seleksi sajian manisannya yang menyelerakan dan pelbagai jenis sehingga rambang mata untuk kami membuat pilihan. Nama Ohh dipilih untuk restoran ini kerana ianya luahan rasa apabila seseorang seronok, gembira dan teruja, seperti perasaan kami apabila melihat deretan sajian manisan yang tersedia di kaunter kafe ini.
LENSA MYMUSLIMIN – Omar Suleiman Live in Kuala Lumpur (23-24 July 2022)
Imam Omar Suleiman, Founder and President of Yaqeen Institute, is in Kuala Lumpur for a 2-day seminar event, "My Lord is with Me: The Du'as of Musa" (23 July 2022) and "When Life Hits Hard: The Lessons of Happiness and Sadness in the Qur'an" (24 July 2022).
The Next-Generation Ford Ranger is Here
Ford Motor Company, together with its local distribution partner, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) today debuted the next-generation Ford Ranger with an official announcement of price ahead of the showroom launch.
KELAB BUKU – WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI, Jalan Lurus Menuju Allah
Buku ini mengandungi wasiat-wasiat ulama Mazhab Hambali, Abu Muhammud, Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al Jamath Al Maqdisi Ad Dimasyqi Al Hambali, yang padat dengan ilmu dan hikmah sebagai panduan untuk kehidupan Muslim yang terbaik.