Sebesar-Besar Keaiban

Ramai dalam kalangan manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada dalam diri sendiri. Bahkan, mereka selalu menghitung dan mengira keburukan orang lain. Hindarkanlah diri kerana inilah sebesar-besar keaiban.

Mukmin Hidup Bertemankan Allah

Seorang mukmin tidak mengidap penyakit jiwa yang merbahaya yang menyerang mereka yang tidak beriman, iaitu perasaan keseorangan yang membimbangkan. Iman yang kuat adalah ubat yang terbaik untuk mengubati penyakit yang merbahaya ini dan ia juga merupakan sebaik-baik pengawalan daripada kecelakaan penyakit ini.

‘Tangan Panjang’ di Kalangan Isteri Rasulullah

Di suatu ketika para isteri Rasulullah S.A.W telah bertanyakan kepada baginda siapakah antara mereka yang akan dimatikan oleh Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. Baginda memberitahu para Ummahatul Mukminin itu, bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring dengan kewafatan baginda ialah mereka yang ‘tangan panjang'.

Musafir yang Berteduh di Bawah Pohon Rendang

Rasulullah SAW bersabda: "Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan." [HR Ibnu Mas'ud]

Blog at WordPress.com.

Up ↑