Rayuan Sumbangan Untuk Pembinaan Surau Al-Yumni, Bandar Kinrara, Puchong

Surau Al-Yumni BK9, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, yang dirancang pembinaannya pada 2015 akhirnya akan menjadi kenyataan. 

Kontraktor yang dilantik telah menerima dan menandatangani Surat Tawaran (Letter of Acceptance) pada 4 April 2022 bagi membina surau dengan kos RM1.42 juta.

Butiran Projek Surau Al-Yumni

Alhamdulillah, pihak Surau telah berjaya mengumpul sejumlah RM848,000.00 dari kutipan pelbagai pihak termasuk dari badan swasta dan orang ramai. 

Oleh itu, pihak Surau memohon sumbangan ikhlas untuk menderma dan berinfak atas tujuan pembinaan Surau Al-Yumni ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut, dan anda boleh berhubung terus dengan jawatankuasa pembinaan melalui butiran berikut: 

Butiran Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Yumni

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

QRCode untuk menyumbang kepada tabung Surau Al-Yumni

Penyumbang individu yang mahu menyumbang secara terus, anda boleh mengimbas QRCode DuitNow di atas. Semua sumbangan ikhlas anda didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga anda mendapat ganjaran amal jariah dari Allah SWT. Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: