Asmaul Husna yang ke-24 ialah Ar-Rafi’ yang bermaksud Tuhan Yang Meninggikan. Ia adalah lawan kepada Al-Khafidh. Jika Allah SWT telah merendahkan atau menjatuhkan, maka Dia juga akan berkuasa menaikkan atau mengangkat darjat seseorang.
Justeru, apabila seseorang di dalam suasana terhimpit dan ditindas, janganlah dia berputus asa dan merasa terhina kerana Allah SWT berkuasa untuk mengangkat dan menaikkah darjat seseorang kembali. Yang penting, teruskan usaha dan ikhtiar tanpa mengenal jemu dan penat.
Begitu juga apabila seseorang berada dalam kedudukan yang tinggi kerana Allah SWT yang bersifat Ar-Rafi’ telah mengangkatnya, makan janganlah pula dia menjadi sombong atau bongkak kepada Tuhannya, kerana Tuhan juga berkuasa menjatuhkan seseorang.
Bagi membuktikan bahawa seseorang itu beriman kepada Tuhan yang Ar-Rafi’ maka sewajarnya mereka juga berusaha mengangkat dan menaikkan agama Allah SWT, supaya kekuatan agama-Nya mengatasi segala kekuasaaan manusia di dunia ini.
Di samping berusaha dan berdoa kepada Allah SWT agar golongan yang bekerja merendahkan agama-Nya itu dimusnahkan dan dijatuhkan.
Itulah iktibar daripada sifat Allah SWT Ar-Rafi’.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply