Teks Khutbah Jumaat: Menyubur Keinsafan Di Sebalik Musibah 

Kehidupan di dunia ini sememangnya tidak dapat lari daripada ujian dan dugaan. Ia sentiasa datang kepada manusia untuk menguji sejauh mana kemampuannya dalam menerima dan menghadapinya. Allah SWT sangat mengasihi hamba-hamba-Nya yang sentiasa sabar, reda dan berserah diri kepada-Nya dalam menghadapi setiap ujian yang menimpa mereka.

Kekayaan Orang yang Ingkar hanyalah Istidraj

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila kamu melihat bahawa Tuhan mengurniakan kekayaan dunia, kepada orang yang 'ashi (ahli maksiat), maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, maka Allah bukakan pintu-pintu segala kesenangan dunia. Tetapi di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah rentap segalanya dengan serta-merta."

Solat Hajat dan Doa di Masjid dan Surau di Seluruh Wilayah Persekutuan Untuk Kesejahteraan Malaysia

Berdasarkan perkembangan terkini musibah banjir yang melanda negara JAWI menyarankan agar semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat selepas solat Maghrib pada 22 Disember 2022 (Khamis) dan selepas solat Jumaat 23 Disember 2022 bagi memohon perlindungan Allah SWT dan keselamatan untuk negara Malaysia dari sebarang musibah.

Syaitan Penipu 

Orang-orang yang bertakwa sangat menjaga pintu masuk syaitan ke dalam diri mereka. Mereka bersikap hati-hati menjaga pintu lahir tempat masuknya syaitan, iaitu pintu maksiat.

Sayyidul Istighfar

“Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

Blog at WordPress.com.

Up ↑