Rahsia Kelemahan

Keadaan orang Islam sudah berubah. Mereka surut sesudah mara, mereka lemah sesudah kuat. Semua ini disebabkan kerana iman tidak lagi menguasai diri mereka dan tidak lagi mempengaruhi akhlak dan gerak-geri mereka. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

12 Port Sarapan Sedap & Popular Dari Ipoh Ke Johor Bahru

Malaysia bukan sahaja berbilang bangsa, malah berbilang sarapan pagi yang berlainan jenis di setiap negeri. Selain nasi lemak, banyak lagi sarapan menarik di negeri lain seperti sate, dim sum, pau, lontong, lempeng, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya. Mari kita terokai sarapan yang dinikmati di Malaysia dan kita mulakan dari Perak ke negeri Johor. Jom!

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya?

Suami Gay: Adakah Perlu Kekal atau Cerai?

Ketika hendak bernikah suami tidak berterus-terang tentang kecenderungan seksualnya dan setelah bertahun melayari kehidupan bersama, isteri mendapati suaminya menyukai dan mengadakan hubungan songsang dengan kaum lelaki. Apakah yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan masalah begini?  Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang kes ini.

Sarapan Sedap di Canning Dim Sum, Ipoh

Kalau di Muar, bersarapan sate itu biasa. Di Melaka pula, warganya bersarapan roti canai dengan asam pedas ikan. Bagaimana pula di Ipoh? Tentu sekali menikmati dim sum di pagi hari itu budaya! Dan di mana lagi untuk mendapatkan dim sum sedap dan halal kalau bukan di Canning Dim Sum.

Ibadat Dan Produktiviti

Adakah solat lima waktu mengganggu produktiviti? Atau, adakah solat itu merupakan nikmat yang paling baik kepada manusia yang sentiasa dibeban oleh dunia? Ikuti penerangan Dr Yusof Al-Qaradhawi tentang ibadah dan produktiviti.

Qadha Di Antara Makhluk

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya: "Tahukah kamu orang yang bangkrap?" "Ya Rasulullah, orang yang bangkrap adalah orang yang tidak lagi mempunyai wang dan harta," jawab kami. "(Bukan itu). Orang bangkrap dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia ini adalah orang yang suka mencaci, menuduh keji kepada orang lain, memakan harta orang lain dan menumpahkan darah. Oleh kerana itu, pahala kebaikan-kebaikannya diberikan kepada si anu, si anu, dan si anu. Akan tetapi, pahala kebaikannya habis sebelum tertebus semua kejahatannya, sampai-sampai ganjaran kejahatan orang lain dibebankan kepadanya, lalu ia dilemparkan ke dalam neraka."

8 Cara Membesarkan Anak Lelaki Menjadi Lelaki Sejati

Nasihat ini ditujukan kepada para bapa yang mahu anak lelaki mereka membesar menjadi lelaki sejati. Adalah menjadi harapan saya agar apabila satu generasi mengamalkan cara didikan yang baik, ia dapat memperbaiki kecenderungan lelaki yang tidak matang serta melahirkan generasi lelaki sejati yang baharu. Berikut adalah beberapa cara untuk membesarkan anak lelaki menjadi lelaki sejati.

8 Tips on Raising Boys into Men

This advice is aimed at fathers of teenagers who want their boys to grow into real men. It is my hope that a single generation of good parenting can reverse this trend of manchilds, and produce a new generation of manly men. Here are some tips for raising boys into men.

Bahaya Zon Selesa di Tempat Kerja

Zon selesa adalah keadaan psikologi di mana seseorang berasa selesa di dalam sesuatu jawatan kerana kemahirannya tidak diuji, sentiasa berada di dalam persekitaran dan kemahiran sedia ada, tiada pengalaman atau cabaran baharu yang perlu ditangani, dan semua ini membuatkan pekerja merasakan dia sedang mengawal keadaan dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, apabila syarikat menuntut pembaharuan, adakah mereka yang berada di dalam zon selesa bersedia menghadapinya atau berisiko digugurkan?

7  Sebab Mengapa Pekerja Lompat Kerja

Zaman sekarang bukanlah seperti di zaman dahulu di mana semangat setia pekerja kepada syarikat utuh. Seorang pekerja boleh setia berpuluh tahun lamanya. Tenaga kerja baharu lebih senang mengucap bye bye kepada majikan jika pekerjaan yang ditawarkan tidak setimpal dengan usaha yang mereka curahkan untuk jawatan tersebut. Ketahui 7 sebab mengapa pekerja berhenti kerja dan mencari kerja lain. 

Sajian Salai Nismilan di Hay Yan Hu Da Opah’s Kitchen & Garden

Hay Yan Hu Da menyediakan masakan nogori yang asli, menggunakan resepi turun-temurun keluarga pengasasnya. Daging salai masak lemak menjadi hidangan utama di sini di samping udang galah masak lemak, asam pedas tetel, ayam kampung goreng, ikan sembilang berlado, sambal udang petai, sambal tempoyak daun, ulam-ulaman sambal belacan dan beraneka lauk-pauk lagi. Sememangnya selera waghih dengan harga yang berpatutan.

Kecerdasan Buatan (AI) Menggugat Pekerjaan dan Masa Depan? 

Kebelakangan ini pelbagai wacana tercetus tentang kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengganggu gugat peluang pekerjaan yang melibatkan sumber manusia. Ketika automasi telah melenyapkan kerja-kerja pembuatan dan pengeluaran di kilang-kilang dan di pejabat, kegusaran tentang kewujudan AI di tempat kerja ada asasnya. 

Nasi Ayam Sedap Di Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup, JB

Walaupun restorannya vintaj dengan dekor zaman 70-80an yang mengembalikan nostalgia seperti kalendar lumba kuda dan poster rokok Dunhill sepaket 7 batang RM1.50, Nasi Ayam Kee Chup ini sebenarnya baru sahaja dibuka sebelum pandemik melanda pada tahun 2019. Kerana status viralnya di alam maya, mymuslimin.com singgah mencuba.

Blog at WordPress.com.

Up ↑