Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW mempunyai penyelesaian kepada semua permasalahan kehidupan. Ini ialah 10 pesanan permata yang disenaraikan Dr A'id al-Qarni dalam bukunya La Tahzan, Don't Be Sad sebagai panduan kita agar cemerlang di dunia dan akhirat.
Bacaan Istighfar Kita Selama Ini Kurang Tepat?
Jom semak balik bacaan kita. Dengarkan betul-betul penjelasan Ustaz Muhadir Haji Joll ini.
3 Kisah Amirul Mukminin, Contoh Iman dan Akhlak dalam Siasah Politik dan Pemerintahan
Lapangan politik dan pemerintahan merupakan satu lapangan yang penuh dengan kekerasan, takabur dan kezaliman. Sesungguhnya sejarah telah menceritakan kepada kita beberapa contoh mulia yang telah dipamerkan oleh para khulafak dalam menjalankan pemerintahan dengan penuh keadilan yang tidak mengutamakan kaum kerabat atau bersikap keras terhadap musuh.
24. ASMAUL HUSNA – AL-RAFI’ (Yang Maha Meninggikan)
Asmaul Husna yang ke-24 ialah Ar-Rafi’ yang bermaksud Tuhan Yang Meninggikan. Ia adalah lawan kepada Al-Khafidh. Jika Allah SWT telah merendahkan atau menjatuhkan, maka Dia juga akan berkuasa menaikkan atau mengangkat darjat seseorang.
Pesanan Imam Al-Ghazali – Adab Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah hari raya bagi kaum Mukminin. Ia adalah hari mulia yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada umat ini. Pada hari ini, ada suatu saat yang tidak diketahui, dimana jika seorang Muslim yang memohom kepada Allah Ta’ala suatu hajat tepat pada waktu itu melainkan Allah akan mengabulkan hal itu buatnya. Ikuti pesanan Imam al-Ghazali mengenai adab hari Jumaat.
Pesanan Imam Ghazali – Amalan Selepas Solat Subuh Sehingga Terbit Matahari
Susun wirid-wiridmu dalam sehari mengikut kebijaksanaanmu supaya kamu dapat menampung kecuaian yang lalu dan dapat menjauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah SWT yang sangat dahsyat dalam harimu.
22. ASMAUL HUSNA – AL-BASIT (Yang Maha Meluaskan, Melapangkan)
Asmaul Husna yang ke-22 ialah Al-Basit, lawan kepada sifat Allah SWT Al-Qabidh. Jika Al-Qabidh bererti Yang Menggenggam atau Yang Menyempitkan, maka Al-Basit pula membawa erti Tuhan Yang Maha Membuka atau Yang Melapangkan.
Hukum Menangis Ketika Solat
Adakalanya, kita mungkin tersentuh dengan bacaan Imam yang begitu indah sehingga menitiskan airmata. Bagaimana pula jika menangis hingga mengeluarkan suara? Dengarkan jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus ini.
21. ASMAUL HUSNA – AL-QABIDH (Yang Maha Menggenggam)
Jika seseorang itu telah digenggam oleh Allah SWT, ini bererti rezeki mereka turut berada dalam situasi sempit. Selagi Allah SWT tidak membuka genggaman-Nya, maka selamanya orang itu akan berada di dalam kesempitan.
Kisah Kebijaksanaan Ulama’ – Anak Kecil Mengalahkan Ulama’ Yang Sombong
Ikutilah kisah seorang ulama’ yang memiliki ilmu yang luas dan tidak ada bandingannya pada masanya yang bernama Dahriyyah. Kerana berasa hebat, beliau mula bersikap sombong dan bongkak, sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang budak kecil berumur 7 tahun.
20. ASMAUL HUSNA – AL-’ALIIM (Yang Maha Mengetahui)
Asmaul Husna yang ke-20 ialah Al-’Aliim yang bermaksud Yang Maha Mengetahui atau Yang Maha Pakar, iaitu kepakaran yang menyeluruh dan selama-lamanya. Berbeza dengan manusia yang bergelar alim atau pakar, pengetahuannya pakar, pengetahuannya tetap mempunyai batas-batas tertentu. Mungkin manusia mencapai tahap kepakaran dalam suatu bidang khusus, tetapi kita tidak alim atau tidak pakar dalam bidang yang lain. Kepakaran manusia mempunyai permulaan, dimulai dengan tidak tahu.
19. ASMAUL HUSNA – AL-FATTAH (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat)
Asmaul Husna yang ke-19 ialah Al-Fattah yang bermaksud Yang Maha Membuka. Yang dimaksudkan membuka sama ada membuka benda yang benar-benar tertutup, atau yang tertutup itu dalam perkara yang maknawi seperti hati yang tertutup sehingga tidak dapat mendengar nasihat yang berguna. Apabila pintu hati seseorang hamba Allah tertutup daripada hidayah, maka tidak ada seorang pun yang boleh membukanya kecuali Allah SWT.
18. ASMAUL HUSNA – AR-RAZZAK (Yang Maha Memberi Rezeki)
Pengertian rezeki itu luas, keperluan manusia untuk hidup itu sentiasa berhajatkan rezeki dan nikmat Allah SWT bagi memenuhi ruang-ruang hayatnya. Manusia hidup bukan sekadar dengan minuman dan makanan.
Zikir Hari Sabtu – Lailahaillallah (لااله الا الله)
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
17. Asmaul Husna – Al-Wahhab (Yang Maha Memberi Kurnia)
Asmaul Husna yang ke-17 ialah Al-Wahhab yang bermaksud Yang Maha Memberi iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah. Segala kurniaan yang Allah SWT berikan adalah percuma dan tidak mengharapkan sebarang balasan kerana Allah SWT adalah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Apa yang manusia inginkan semuanya dimiliki oleh Allah SWT. Mintalah kepada-Nya. Nescaya mudah bagi Allah SWT untuk mengurniakannya.
Daily Sunnah – Di Manakah Destinasi Terakhir Kita?
Hanya Allah sahaja yang mengetahui di mana seseorang itu akan mati. Berdoalah kepada Allah SWT agar nyawa kita diambil di tempat-tempat yang baik, dan elakkan diri daripada berkunjung ke tempat-tempat yang kurang baik atau penuh maksiat agar kita tidak dicabut nyawa ketika kita berada di sana.
16. ASMAUL HUSNA – AL-QAHHAR (Yang Maha Gagah)
Asmaul Husna yang ke-16 ialah Al-Qahhar yang bermaksud Yang Maha Gagah atau Yang Maha Gagah Perkasa. Segala yang wujud di seluruh alam raya dan angkasa lepas, berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Semut yang halus bergerak perlahan-lahan di malam hari, mahupun ribut taufan yang mengganas di tengah-tengah samudera yang luas, belerang yang meledak di dalam kawah gunung berapi, atau segala bentuk ciptaan-Nya pasti tidak akan terlepas daripada penguasaan Allah SWT.
Daily Sunnah – Jadilah Orang Baik!
Elakkan diri kita dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat.
Jom Betulkan Cara Kita Baca Surah Al-Fatihah
Cara paling afdal untuk membaca Al-Quran adalah dengan mengikut cara Rasullullah (SAW). Dengarkan penjelasan lanjut yang sangat bermanfaat ini oleh Ustaz Badli Shah.
Doa Nabi Nuh AS Apabila Anaknya Ditenggelamkan
Doa ini merupakan doa Nabi Nuh AS apabila anaknya ditenggelamkan oleh Allah SWT di dalam banjir besar walaupun Nabi Nuh AS berusaha dan berdoa agar anaknya diselamatkan.