14. ASMAUL HUSNA- AL-MUSAUWWIR (Yang Maha Membentuk Rupa)

Asmaul Husna yang ke-14 ialah Al-Musauwwir yang membawa maksud Yang Maha Membentuk Rupa. Allah SWT mencipta berjuta spesis haiwan di daratan, di lautan dan yang terbang di udara. Setiap jenis mempunyai rupa bentuknya yang tersendiri.

Allah SWT menciptakan manusia sejak dijadikan Adam AS hingga ke hari kiamat. Boleh dikatakan setiap manusia memiliki rupa dan wajah yang tersendiri. Walaupun ada “pelanduk dua serupa”, perbezaan tetap ada. Tidak ada orang yang mempunyai cap jari yang sama.

Begitu juga berjuta-juta jenis buah-buahan yang Allah SWT ciptakan, setiap jenis berbeza rupa, bentuk dan rasa, walaupun ia daripada satu kelompok yang sama, misalnya pisang. Ada pelbagai nama pisang dan pelbagai bentuk dan rasanya. Begitu keajaiban ciptaan Allah SWT yang bernama Al-Musauwwir.

Manusia yang dicipta oleh Allah SWT yang bersifat Al-Musauwwir perlu mengambil iktibar daripada sifat Tuhan Yang Maha Mencipta dengan menjadi pereka dan pencipta yang maju dengan menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kemajuan manusia. Malangnya orang kafir lebih maju seolah-olah mereka memahami bahawa Allah SWT itu Al-Musauwwir. Hakikatnya orang Islam ketinggalan kerana mereka tidak menghayati ajaran Islam yang sebenarnya.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: