Nasihat daripada Imam Ibn Al-Qayyim Rahmatullah:
Seorang sahabat tidak akan (secara literal) berkongsi perjuanganmu, dan insan yang kau sayang tidak akan secara fizikalnya menghilangkan kesakitan yang kau rasai, dan mereka yang rapat denganmu tidak akan berjaga malam untuk mewakili sengsaramu.
Jadi, jagalah dirimu sendiri, lindungilah dirimu sendiri, pupuklah dirimu sendiri dan jangan kau ambil berat tentang peristiwa dalam kehidupanmu secara keterlaluan.
Ketahuilah secara hakikatnya bahawa apabila kau merana, tiada siapa yang akan menyembuhkanmu kecuali dirimu sendiri, dan apabila kau kalah, tiada siapa yang akan memberi kemenangan kecuali dengan kesungguhanmu.
Kemampuan dirimu untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan (setelah kejatuhanmu) ialah tanggungjawabmu.
Jangan menilai dirimu daripada kacamata orang lain, carilah nilaimu daripada hati nuranimu. Jika hatimu tenang, kau akan terbang tinggi dan jika kau benar-benar mengenali dirimu, percakapan manusia tidak sedikit pun membahayakanmu.
Jangan membawa kegusaran hidup ini kerana (hidup ini) ialah untuk Allah SWT. Dan jangan kau risaukan rezekimu kerana ianya datang dari Allah SWT semata. Dan jangan kau gusar tentang masa depanmu kerana itu semua takdir Allah SWT.
Peganglah kepada satu perkara sahaja: Mencari redha Allah SWT.
Kerana, jika kau mendapat redha Allah, Allah SWT akan memberi rahmat kepadamu, memenuhi permintaanmu dan memperkayakan kehidupanmu.
Jangan menangisi kehidupan yang membuat hati kau menangis. Hanya katakan, “Ya Allah, gantikanlah dengan kebaikan di dunia ini dan di akhirat.” Kesedihan meninggalmu ketika kau sujud. Kebahagian hadir dengan doa yang ikhlas.
Allah tidak melupakan kebaikan yang telah engkau lakukan, dan Dia tidak melupakan kebaikan yang telah kau lakukan untuk orang lain dan kesengsaraan yang kau kurangkan daripada kehidupan mereka. Allah juga tidak melupakan mata-mata yang nyaris menumpahkan airmata tetapi telah kau tukarkan ceria.
Layarilah kehidupanmu dengan prinsip ini; jadilah baik walaupun kau tidak menerima kebaikan, bukan untuk orang lain tetapi kerana Allah SWT mencintai mereka yang melakukan kebaikan.
Sumber: Timeless Seeds of Advice oleh B.B. Abdulla
Leave a Reply