Imam Ibn al-Qayyim رحمة الله menyenaraikan 10 cara untuk memperoleh cinta Allah:
- Mengaji Al-Qur’an dengan renungan dan dengan memahami maksud yang ingin disampaikan.
- Mendekatkan diri kepada-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik secara sukarela selepas melunaskan perkara-perkara wajib yang dituntut, kerana amalan-amalan tambahan ini akan membawa seseorang ke tahap cinta yang tertinggi.
- Mengingati Allah SWT dalam setiap situasi – dengan masa, cinta dan amalan seseorang.
- Mengutamakan apa yang dicintai Allah SWT berbanding apa yang kau cintai walaupun keinginanmu amat kuat sekali.
- Membuka hatimu untuk mengenali nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya yang agung.
- Merenung kepada nikmat dan rahmat Allah SWT yang telah kau nikmati, sama ada yang jelas atau tersembunyi, kerana ini akan membawa hatimu dekat kepada cinta-Nya.
- Melembutkan hati kerana hati yang lembut itu sedang beribadat kepada Allah.
- Bersendirian dengan-Nya di dalam ibadah apabila Dia turun di hujung sepertiga malam. Dan ini bermakna menyeru nama-Nya, membacakan ayat-ayat suci-Nya, berdiri seikhlas mungkin dan dengan adab yang baik dan sebaik-baik penyerahan, dan kemudian mengakhirinya dengan penyesalan dan memohon keampunan daripada-Nya Allah Yang Maha Esa.
- Bergaul dengan mereka yang ikhlas mencintai Allah SWT.
- Menjauhkan diri dari semua perkara yang akan membentuk penghadang di antara hatimu dan Allah SWT.
Terjemahan: Timeless Seeds of Advice oleh B.B. Abdulla
Leave a comment