Lebih Setengah Bilion Ringgit Wang Zakat Telah Diagihkan MAIWP

Sejumlah RM511,075,884.56 wang zakat telah diagihkan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menurut satu hantaran di media sosial, semalam.

Jumlah itu telah diagihkan dari 1 Januari sehingga 31 Ogos 2022 melalui pelbagai skim bantuan. Antaranya, agihan zakat menerusi Al-Wakalah, agihan zakat Bahagian Amil dan juga agihan zakat menerusi institusi pendidikan dan kebajikan.

Firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk). (Surah al-Taubah: 103)

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑