35. ASMAUL HUSNA – AL-GHAFUR (Yang Maha Pengampun)

Asmaul Husna yang ke-35 ialah Al-Ghafur yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Pengampun, ataupun Tuhan yang suka menutup kesalahan hamba-Nya. Sekiranya suatu dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang sudah ditutup oleh Tuhan sehingga tidak ada manusia lain yang mengetahuinya, sewajarnya orang itu segera memohon keampunan daripada Allah SWT.

34. ASMAUL HUSNA – AL-AZHIIM (Yang Maha Agung)

Asmaul Husna yang ke-34 ialah Al-Azhiim yang bererti Tuhan Yang Maha Agung. Maksud agung di sini ialah Zat Tuhan Yang Maha Agung. Oleh kerana keagungan Allah SWT bukan dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar maka Rasulullah SAW sendiri melarang manusia membincangkan tentang Zat Allah SWT. 

26. ASMAUL HUSNA – AL-MUDZILLU (Yang Maha Menghinakan)

Asmaul Husna yang ke-26 ialah Al-Mudzillu yang bermakna Tuhan Yang Menghinakan. Kehinaan yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada manusia ialah kejahilan dan kekufuran. Dua perkara inilah yang dipandang terlalu hina. Apabila manusia tidak berusaha membuang kejahilan yang menyelimut dirinya, bererti mereka membiarkan diri untuk jatuh kepada kekufuran dan seterusnya kehinaan.

20. ASMAUL HUSNA – AL-’ALIIM (Yang Maha Mengetahui)

Asmaul Husna yang ke-20 ialah Al-’Aliim yang bermaksud Yang Maha Mengetahui atau Yang Maha Pakar, iaitu kepakaran yang menyeluruh dan selama-lamanya. Berbeza dengan manusia yang bergelar alim atau pakar, pengetahuannya pakar, pengetahuannya tetap mempunyai batas-batas tertentu. Mungkin manusia mencapai tahap kepakaran dalam suatu bidang khusus, tetapi kita tidak alim atau tidak pakar dalam bidang yang lain. Kepakaran manusia mempunyai permulaan, dimulai dengan tidak tahu. 

19. ASMAUL HUSNA – AL-FATTAH (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat)

Asmaul Husna yang ke-19 ialah Al-Fattah yang bermaksud Yang Maha Membuka. Yang dimaksudkan membuka sama ada membuka benda yang benar-benar tertutup, atau yang tertutup itu dalam perkara yang maknawi seperti hati yang tertutup sehingga tidak dapat mendengar nasihat yang berguna. Apabila pintu hati seseorang hamba Allah tertutup daripada hidayah, maka tidak ada seorang pun yang boleh membukanya kecuali Allah SWT.

17. Asmaul Husna – Al-Wahhab (Yang Maha Memberi Kurnia)

Asmaul Husna yang ke-17 ialah Al-Wahhab yang bermaksud Yang Maha Memberi iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah. Segala kurniaan yang Allah SWT berikan adalah percuma dan tidak mengharapkan sebarang balasan kerana Allah SWT adalah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Apa yang manusia inginkan semuanya dimiliki oleh Allah SWT. Mintalah kepada-Nya. Nescaya mudah bagi Allah SWT untuk mengurniakannya.

16. ASMAUL HUSNA – AL-QAHHAR (Yang Maha Gagah)

Asmaul Husna yang ke-16 ialah Al-Qahhar yang bermaksud Yang Maha Gagah atau Yang Maha Gagah Perkasa. Segala yang wujud di seluruh alam raya dan angkasa lepas, berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Semut yang halus bergerak perlahan-lahan di malam hari, mahupun ribut taufan yang mengganas di tengah-tengah samudera yang luas, belerang yang meledak di dalam kawah gunung berapi, atau segala bentuk ciptaan-Nya pasti tidak akan terlepas daripada penguasaan Allah SWT. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑