Menikmati Peruvian Grilled Chicken di Kopimeo Cafe!

Kami mencari tempat ini kerana mendengar buah mulut orang tentang kelazatan makanannya. Melangkah masuk ke Kopimeo Cafe La Carne, ianya berkonsepkan santai dengan dekor minimalis. Namun, dekorasi restoran tidaklah sepenting tujuan kami datang untuk mencuba Peruvian Grilled Chicken yang diperkatakan orang.

Ramen Asam Pedas Telur Mayong di Arang Cafe Melaka, Unik!

Masakan paling popular di negeri Melaka tentu sekalilah Asam Pedasnya. Ketika berada di negeri ini jangan ditanya orang tempatan di mana kedai asam pedas paling sedap, mereka akan menjawab di rumah mak masing-masing. Walaupun begitu, restoran yang menyediakan masakan asam pedas memang banyak di bandar bersejarah ini. Cuma, ada satu yang menawarkan sedikit kelainan dengan gabungan masakan à la Korea dan Melaka, Ramen Asam Pedas Telur Mayong!

Restoran Udang Galah Teluk Intan: Meriah Dengan Pilihan!

Namanya sahaja sudah membuka selera. Belum sampai lagi sudah terbayang-bayang udang galah yang gemuk-gemuk segar sebagai lauk utama. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, berdekatan dengan menara condong yang boleh dikunjungi untuk bergambar selepas menjamu selera. Walaupun namanya Restoran Udang Galah, jangan khuatir kerana terdapat beraneka lauk lain yang boleh dipilih selain daripada udang galah atau sebagai lauk tambahan kepada hidangan udang galah.

Sehari di Pulau Pangkor – 7 Aktiviti Untuk Anda Sekeluarga

Dengan berkeluasan hanya 18km persegi, Pangkor bukanlah pulau yang besar untuk dijelajahi. Namun, pulau ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasai suasana pulau tanpa perlu berbelanja besar atau mengambil masa yang lama untuk tiba. mymuslimin.com menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk anda pergi ke Pulau Pangkor balik hari.

Mencari Roti Canai Pelangi di Kuala Selangor

Mencari sarapan pagi sehingga ke Kuala Selangor memang kedengaran sedikit keterlaluan terutama kepada kepada orang Lembah Klang, tetapi kalau apa yang ditawarkan premis ini memuaskan hati, apa salahnya! Meriahkan hujung minggu anda dengan pilihan roti canai yang pelbagai daripada Warung Dimyati Roti Canai Pelangi yang terletak di Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor.

Masakan Padang Asli Kampung Baru – Beraneka Pilihan Lauk yang Sedap!

Untuk mereka yang tidak biasa dengan makanan Indonesia, Makanan Padang atau Masakan Minang ialah masakan masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Makanan Padang tidak asing lagi di Malaysia kerana masakan begini memang kena dengan selera orang Malaysia tidak kira bangsa apa. Ada cili, ada santan, ada nasi, siapa yang tidak suka. Restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur berlatarbelakangkan bangunan KLCC memang menjadi tumpuan warga kotaraya selama bertahun-tahun lamanya.

Blog at WordPress.com.

Up ↑