3 Prinsip Kewangan Mudah Untuk Diamalkan

Bebanan hutang, tanggungjawab kewangan, dan bil untuk dibayar setiap bulan, terutama bagi mereka yang menetap di kota, boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan yang berterusan. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah dengan ramalan kewangan tahun hadapan yang tidak memberangsangkan, kita perlu mula mengubah cara hidup dan mengubah sikap tentang cara kita berbelanja dan mengurus kewangan.  

Kisah Umrah – Teguran Buat Tetamu Allah SWT

Saya nak bagi sedikit teguran buat tetamu-tetamu Allah swt yang Allah swt sendiri jemput ke Baitullah dan Madinatunnabi. Satu sahaja perkara yang buat hati saya rasa ralat dan terkilan adalah tabiat buruk DuyufurRahman (tetamu Allah swt) di bumi Makkah dan Madinah.

Belajarlah Untuk Reda

Apa guna mempunyai harta yang banyak, tetapi hidup diselubungi kesusahan. Apa gunanya kaya, jika hidup dipenuhi dengan kesengsaraan dan kerosakan akhlak ahli keluarga, anak yang derhaka, isteri/suami yang nusyuz dan seumpamanya. Tiada erti kekayaan material lantaran ia tidak mampu menjadi medium untuk kita membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Lebih malang, apabila dengan rezeki tersebut kita tidak mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri dan keluarga kepada Allah SWT. Orang yang reda adalah orang yang mempunyai perasaan berpuas hati dengan kondisinya, setelah diusahakan semampu boleh.

Dua Kata-Kata Hebat Penenang Jiwa

Di bawah pemerintahan Al-Ma'mun bin Harun ar-Rasyid, sekelompok Mu'tazilah telah menyesatkannya dengan meyakini bahawa Al-Qur'an adalah makhluk yang Allah cipta, sedangkan Al-Qur'an itu ialah firman Allah dan bukan makhluk-Nya. Kerana mempertahankan kebenaran, Imam Ahmad bin Hanbal berdepan dengan hukuman yang berat daripada pemerintah.

Iman Punca Keamanan

Sesungguhnya manusia takut kepada banyak benda dan bermacam perkara. Tetapi insan mukmin menutup semua pintu ketakutan. Dia tidak lagi takut melainkan kepada Allah SWT. Dia takut kepada Allah kalau dia terlajak dari batas sempadan-Nya atau melakukan pencerobohan terhadap makhluk-Nya.

Carilah Ilmu Untuk Beramal

Imam Al-Shafi’i رحمة الله berkata: “Semua manusia itu mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu; dan mereka yang mempunyai ilmu itu sedang tidur, kecuali mereka yang mengamalkannya; dan mereka yang beramal baik sedang ditipu, kecuali mereka yang ikhlas; dan mereka yang ikhlas itu sentiasa berada dalam keadaan kegusaran.”

Pelajari 4 Asas Seni Bahagia

Ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan itu seni yang perlu dipelajari, dan jika anda mempelajarinya, anda akan dirahmati di dalam hidup ini. Tetapi, bagaimana cara mempelajarinya?  Pelajari 4 prinsip asas untuk mencapai seni bahagia menurut Dr A’id Al-Qarni.

Awas, Kubur Menunggu

“Wahai anak Adam, apa yang sudah kamu siapkan untuk malam pertama kamu nanti di tanah perkuburan? Tidakkah kamu tahu, ia adalah malam yang begitu mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang soleh menangis.”

Lemah-Lembut Dalam Mencapai Matlamat

Hidup di zaman ini, masyarakat kita sering terdedah kepada nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan apa yang dianjurkan Islam. Karakter yang berjaya sering ditonjolkan mempunyai sifat tidak boleh kalah, tidak mengalah, tidak berkompromi, pantas bertindak, bekerja sepanjang masa, pandai berdebat dan tiada sifat lemah-lembut. Lemah-lembut dilihat sebagai satu kelemahan kepada seseorang.  Sebaliknya, Islam lebih mementingkan kelembutan kerana kelembutan mencerminkan jiwa yang tenang dan seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan dan melayari kehidupan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑