Allah SWT jadikan manusia makhluk yang jauh lebih istimewa berbanding makhluk lain, dikurniakan akal fikiran juga perasaan (hati). Dengan kurniaan itu, manusia layak menyandang tugas beratnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi.
ASMAUL HUSNA – AL-MATIN (Yang Maha Kukuh)
Sifat Gagah dan Teguh Allah SWT patut dicontohi oleh hamba-Nya di kalangan orang-orang yang beriman. Terutamanya dengan mempunyai sifat gagah dan teguh untuk melawan hawa nafsu yang buruk dan juga pengaruh syaitan.
ASMAUL HUSNA – AL-QAWWIYYU (Yang Maha Kuat)
Asmaul Husna yang ke-54 ialah Al-Qawiy yang bermaksud maha kuat, salah satu daripada sifat-sifat Allah SWT. Ia bukan sekadar wujud pada Allah, malah diberikan juga kepada hamba-hamba-Nya tetapi bukanlah untuk menandingi Allah, sebaliknya sebagai ujian kepada manusia agar menggunakan pemberian itu dengan sebaik mungkin.
ASMAUL HUSNA – AL-WAKIL (Yang Maha Mengurusi)
Asmaul Husna yang ke-53 ialah Al-Wakil bermaksud Tuhan sebagai wakil.
ASMAUL HUSNA – AL-HAQQU (Yang Maha Benar)
Asmaul Husna yang ke-52 ialah Al-Haqqu yang bermaksud Tuhan Yang Maha Benar. Sesungguhnya hakikat kebenaran itu hanya daripada Allah SWT. Justeru apabila sesuatu yang didatangkan daripada Allah SWT berupa peraturan atau hukum-hakam, yang berhubung dengan syariah dan juga akidah, maka tiada siapapun boleh meraguinya.
ASMAUL HUSNA – ASY-SYAHID (Yang Menyaksikan)
Asmaul Husna yang ke-51 ialah Asy-Syahid yang bermaksud Tuhan Yang Sentiasa Hadir. Allah SWT sentiasa hadir dalam kehidupan insan walau di mana sahaja mereka berada, siang ataupun malam. Ketika manusia mengingati-Nya atau melupakan-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-BA’ITS (Yang Membangkitkan)
Asmaul Husna yang ke-50 ialah Al-Ba'its yang bermaksud Tuhan Yang Menghidupkan Semula. Semua manusia di akhirat kelak setelah semuanya dimatikan dengan peristiwa kiamat. Mereka akan dibangkitkan di padang Mahsyar untuk menjalani kehidupan yang kekal dan menerima balasan amal.
ASMAUL HUSNA – AL-MAJID (Yang Maha Mulia)
Asmaul Husna yang ke-49 ialah Al-Majid yang membawa erti Yang Maha Mulia atau Yang Maha Tinggi ataupun Yang Maha Ternama.
ASMAUL HUSNA – AL-WADUD (Yang Maha Pencinta)
Asmaul Husna yang ke-48 ialah Al-Wadud yang membawa makna Tuhan Yang Maha Kasih dan Sayang kepada hamba-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-HAKIM (Yang Maha Bijaksana)
Justeru itu orang-orang yang beriman sewajarnya melipat-gandakan usaha untuk menjadikan dirinya sebagai manusia yang bijak.
ASMAUL HUSNA – AL-WASI’ (Yang Maha Luas)
Ilmu Allah SWT sangat menyeluruh dan meluas sehingga meliputi segala sesuatu.
ASMAUL HUSNA – AL-MUJIB (Yang Maha Mengabulkan)
Apabila seseorang hamba menyeru nama-Nya dalam doa atau rintihan hati mereka, ketika itu seruannya akan disahut.
ASMAUL HUSNA – AR-RAQIB (Yang Maha Mengawasi)
Ikuti kisah Saidina Umar bin Al-Khattab dengan pengembala kambing dan penjual susu.
ASMAUL HUSNA – AL-KARIM (Yang Maha Mulia)
Allah SWT sangat suka jika semakin banyak manusia meminta kepada-Nya, sedangkan manusia semakin membenci jika orang lain suka meminta-minta kepadanya.
ASMAUL HUSNA – AL-JALIL (Yang Maha Mempunyai Kebesaran)
Asmaul Husna yang ke-42 ialah Al-Jalil yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Mulia atau Tuhan Yang Maha Besar atau Tuhan Yang Maha Tinggi Martabat-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-HASIB (Yang Maha Mencukupi)
Seharusnya manusia mesti merasa cukup dengan apa yang mereka miliki supaya mereka sering bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan harta kekayaan.
ASMAUL HUSNA – AL-MUQIT (Yang Maha Memberi Kecukupan)
Dengan rahmat Allah SWT Yang Maha Mencukupkan inilah manusia berupaya mencari ikhtiar dan berusaha untuk hidup di atas muka bumi ini.
39. ASMAUL HUSNA – AL-HAFIDZ (Yang Maha Memelihara)
Allah SWT juga memelihara amalan manusia sama ada amal yang soleh atau amal kejahatan, sehingga tiada sedikitpun yang disia-siakan.
38. ASMAUL HUSNA – AL-KABIR (Yang Maha Besar)
Kebesaran Allah SWT itu tidak dapat dibayangkan oleh manusia.
37. ASMAUL HUSNA – AL – ‘ALIYYU (Yang Maha Tinggi)
Asmaul Husna yang ke-37 ialah Al-’Aliyyu iaitu Tuhan Yang Maha Tinggi.